Wednesday, June 25, 2008

Bantulah ana wahai sahabat!!

Hampir 1 bulan setengah ana melayari hidup di kampung bersama kedua orang tuaku di kampung setelah tamat pengajian di kampus. Tempoh ini ana rasakan teramat panjang. Ana amat merindui sahabat2 seperjuangan di Lembah Klang. Apa khabar kalian di sana? Masihkah ingat daku di sini? mengapa SMS ku tidak kalian jawab? mungkin sibuk dan terlupa. oh ya.. belum top up kot.. takpe sahabat..jauh di mata namun diri kalian dekat bangat di hati ana. I MISS U ALL...namamu sentiasa seiring dengan doaku. insyaALLAH...

Sahabat,
Ana terasa jauh dari kalian semua. ana tahu perasaan ini tak sepatutnya hadir dalam hatiku. aku tidak tahu mengapa aku jadi seperti ini, namun mungkin ukhwah yang kita bina teramat ana rindui. gurau senda mu sahabat2, suara kalian........ amat ana rindui. ana sedar, semasa ana membuat keputusan untuk balik ke kampung yang jauh di pedalaman ini, ana tidak bisa mengaktifkan diri seperti dulu. Kampung tempat ana dibesarkan bukanlah bi'ah seperti aku di Lembah Klang dulu, aahh...jangan mencari alasan..betapa sukarnya untuk menerangkan kepada kakak-kakak dan abang-abang serta mak dan ayah tersayang. Tambahan keadaan ibu yang uzur memangkinkan diriku untuk balik ke kampung..ana merasakan inilah masa untuk tinggal dengan mak dan ayah kerana apabila berkerjaya dan berumahtangga, mungkin masa balik ke kampung berjumpa mak dan ayah tidak sekerap mana. Namun, jauh di sudut hatiku, ingin sekali ana secara langsung menghadiri usrah, liqa dan sebagainya. Jauhnya dari sahabat2 mungkin ana merasakan diri ini futur. NAUZUBILLAH...

Sahabat,
Percayalah..aku ini lahir dari keluarga yang biasa, membesar di kalangan masyarakat biasa, namun kehadiran kalian amat membuatkan diriku mendapat mutiara yang AMAT berharga dan kalian amat luar biasa bagi diriku. Kadang2, ana terasa amat rendah diri melihat sahabat2 yang jauh lebih baik dariku. Namun, ana amat bersyukur kepada Sang Maha Penyayang yang telah memilih diri ana di jalan ini. Ana bukanlah orang yang selayaknya.....

Ya ALLAH, Tuhan pemilik hati2 ini,
Tetapkanlah hati ini di dalam agamaMu, berterusan mentaatiMU dan istiqamah di jalan jihad fisabilillah..janganlah Engkau bolak balikkan hati ini sama ada seketika atau selamanya..NAUZUBILLAH...

Betul sahabat, menyendiri dan tinggal bersama sahabat2 amat jauh bezanya..Ana merasainya kini. Walaupun media elektronik menghubungkan kita, ana merasakan sangat berbeza..Ana positifkan fikiran ana, mungkin saat ini, masa dan peluang yang Allah bagi kepada ana untuk meneruskan agenda dakwah di kampung halaman ana dibesarkan kerana kata orang 'kita lebih tahu suasana tempat kita sendiri'. Bila ana berfikiran sedemikian, ana kembali bersemangat dan bertenaga untuk terus terjun bersama masyarakat kampung ini..

Alhamdulillah, di kala ujian yang amat sedikit kedudukan kewangan yang Allah berikan kepadaku, Allah bagi ana peluang untuk bekerja sebagai guru ganti di sekolah rendah di kampung jiran. Berhadapan dengan kanak2 seawal 7 - 11 tahun amat memberi makna buat diri ana. Ana merasakan inilah ssat dan peluang untuk Allah memberi peluang kepada ana mengaplikasikan segala apa yang ana dapat dalam medan tarbiyah di kampus dulu. Berjumpa dengan kanak2 comel ini memberi ana inspirasi baru, mereka akan membesar dan memilih jalan hidup masing-masing. mereka jualah penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.. Rasullah SAW amat sukakan kanak2 dan sentiasa membelai tatkala menemui mereka, apatah lagi ana sebagai hamba yang hina dan dhaif ini, sewajarnya mengikuti sunnah Baginda..

Akhir kata sahabat, janganlah dikau biarkan diriku jauh. Andai ana tersasar, tariklah ana, anadai ana tersilap, tegurlah ana, andai ana cuai marahlah ana. Kalian penguat diri ana. Syukran sabahat...kalian banyak membantu ana. bagi sahabat2 yang membaca / terbaca luahan ini, sampaikan salam ukhwah ana kepada sahabat2 lain. Ana uhibbukumfillah..

3 comments:

Anonymous said...

Salam wahai muslimah...
Allahuakhbar.
Saya baca tulisan muslimah,comel dan menarik luahan hati.

Setiap kerisauan dan kesulitan adalah nikmat dari ALLAh sebab masa itulah kita lebih hampir dan menghina diri kepada ALLAH swt. InsyaALLAH ukhwah berdasarkan IMAN dan Ikhlas ALLAH akan jaga macam mana pun.

"Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)

Perjuangan tidak harus berhenti walaupun apa keadaan. Prof Abdul Rahman Al-Baghadadi pernah berkata walaupun kita berjuag hanya dengan menulis 1huruf demi ISLAM limpahan rahmat dan ribuan malaikat akan menghampiri kita.

InsyaALLAH. Mulia nya manusia kerana IMAN bukan kerana Wang.
Kedudukan bukan jaminan tapi lagi kita miskin lagi kita mengenal nikmat ALLAH.

InsyaALLAh..berjuang n saya akan menyokong anti.

Unknown said...

salam ya ukhti...ana ska menjengok blog ukhti cam ada satu tarikan..semoga ukhti tabah dalam meneruskan perjuangan islam..

Anonymous said...

SALAM TI..
bestnya dapat member macam mu..
aku teringin nak jadi macam mu..sejuk mata memandang ti..aku nak jadi lebih dekat dengan Islam.kenal sedalamnya agama Allah swt..aku harapkan mu sentiasa gembira dan berjaya.doakan kejayaan aku sama ye.